Tuesday, March 10, 2009

ANCAMAN BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT: 1. Masuk Neraka

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Apakah yang memasukkan atau menjerumuskan kamu ke dalam neraka? Jawab mereka: "Kami tidak mengerjakan solat." (Al-Muddatstsir: 42-43)
.
Meninggalkan solat bererti memasukkan diri ke dalam neraka, malah merosakkan hak sesama Islam.
.
Kata al-Qaffal dalam fatwanya: "Meninggalkan solat, bererti mendatangkan kemudharatan kepada semua Muslimin kerana orang yang mengerjakan solat itu memohon keampunan untuk dirinya dan seluruh mukmin lelaki dan perempuan."
.
Oleh itu, apabila seseorang tidak mengerjakan solat, ia telah melalaikan hak Allah, hak Rasul, hak dirinya dan hak seluruh umat Islam. Amatlah besar dosa mereka yang meninggalkan solat.
.
Sesungguhnya di dalam solat itu ada hak hamba dan ada hak Allah yang disembah dengan sebenar-benarnya. Maka barangsiapa yang mencuaikan solat, secara tidak langsung ia telah mencuaikan segala hak orang-orang mukmin yang telah lalu dan yang akan datang hingga hari kiamat.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
.