Sunday, March 8, 2009

FADHILAT SOLAT: 4. Wasiat Terakhir

Diterangkan oleh Imam Ahmad dalam risalah 'As-Shalah' bahawa solat adalah kewajipan yang disebut dan diperingatkan oleh Nabi SAW kepada umat baginda sewaktu baginda hendak meninggalkan dunia yang fana ini.
.
Dalam wasiatnya yang terakhir kepada umatnya, baginda bersabda:
"Ingatlah akan Allah, ingatlah akan Allah, terhadap solat dan terhadap hamba-hamba sahaya yang kamu miliki." (Riwayat Ahmad)
.
Dalam suatu hadith yang lain diterangkan bahawa solatlah wasiat akhir para Nabi kepada umatnya, seketika sebelum mereka meninggalkan alam fana menuju alam baqa' (kekal).
.
Ummu Salamah berkata:
"Adapun di antara wasiat akhir Rasulullah SAW ialah agar tetap memelihara solat dan tetap berbuat baik kepada hamba-hamba sahaya." (Riwayat Ahmad)
.
Sayidina Ali RA berkata:
"Adapun akhir pembicaraan Rasulullah SAW ialah peliharalah solat dan bertakwalah kepada Allah SWT terhadap hamba sahaya." (Riwayat Ahmad)
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man