Sunday, March 8, 2009

FADHILAT SOLAT: 5. Permulaan Amal yang Akan Dihisab dan Ibadah Terakhir

Bersabda Nabi SAW:
"Amalan yang mula-mula dihisab dari seseorang hamba di hari kiamat ialah solat. Jika solat diterima, diterimalah segala amalan yang lain. Jika solatnya ditolak (tidak diterima), maka ditolaklah amalan-amalan yang lain." (Riwayat at-Thabarany)
.
Sabda Nabi SAW lagi:
"Amalan yang mula-mula kamu hilangkan dari agamamu ialah amanah dan yang akhir ialah solat. Biarlah solat dilakukan oleh segolongan orang yang tidak mengharapkan apa-apa keuntungan dari solatnya." (Riwayat Ahmad)
.
Hadith-hadith ini menjelaskan kepada kita dengan sejelas-jelasnya bahawa solat merupakan amalan agama yang terakhir ditinggalkan oleh umat Islam dan amalan yang mula-mula diperiksa serta dihisab di akhirat kelak.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man