Friday, March 6, 2009

DIDIKAN ALLAH DALAM SOLAT

MENDIDIK DAN MEMBAIKIDIRI
UNTUK mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu membaiki diri. Membaiki diri bukan setakat membaiki perkara-perkara zahir sahaja tetapi meliputi perkara-perkara batin. Memperbaiki perkara-perkara batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kotoran-kotoran yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, hati dan nafsu.
.
Najis akal ialah syirik dan menduakan Tuhan dengan sesuatu yang lain ataupun kufur terhadapNya. Najis akal juga termasuk segala pegangan kepada fahaman dan ideologi ciptaan manusia. Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati seperti riyak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya.
.
Najis nafsu pula ialah segala dorongan yangjahat dan
negatifyang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Tuhan. Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan, maka akan terbukalah jalan untuk mengenali diri dan seterusnya untuk mengenal Tuhan.
.
Malah akan lahir perasaan bertuhan dan kehambaan. Dengan itu, kita akan merasakan bahawa Allah SWT sentiasa wujud di dalam hidup kita, sentiasa melihat dan mengawasi, sentiasa mendengar dan sentiasa mengetahui akan hal kita sama ada yang zahir ataupun batin.
.
Sumber: Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.