Wednesday, March 4, 2009

KEINDAHAN SOLAT

Solat dengan pengertian seperti yang telah dihuraikan di atas adalah satu bentuk ibadah yang indah dan amat tinggi kedudukannya berbanding dengan ibadah-ibadah lain.
.
Solat yang difardhukan ke atas orang Islam menurut kaiftyat (cara-cara melakukan) yang telah dilaksanakan oleh Nabi SAW dan telah sampai kepada kita dengan jalan-jalan yang mutawatir, merupakan ibadah utama yang dilakukan untuk menerangkan rasa berhajat kepada Tuhan yang ma'bud (disembah) dan rasa kebesaran Allah SWT yang mempengaruhi jiwa., sekiranya solat yang hakikat dan jiwanya yang sedemikian itu dilaksanakan dengan sempuma.
.