Tuesday, March 10, 2009

D. AZAB MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT

Orang yang melengah-lengahkan solat akan diazab dengan beberapa azab yang pedih.
.
1. Azab di dunia:
• Hidup tidak dirahmati.
• Nur pada wajah akan pudar.
• Tidak menerima pahala walaupun bagi amalan yang baik.
• Doa tidak dimakbulkan.
• Tidak mendapat doa daripada orang yang soleh.
.
2. Azab ketika hendak mati:
• Mati dalam keadaan aib.
• Mati dalam kelaparan.
• Mati dalam keadaan terlampau dahaga. Jika selautan air pun diberi, masih tidak mampu menghilangkan rasa haus tersebut.
.
3 . Azab dalam kubur:
• Dihimpit oleh bumi sehingga tulang berceramuk.
• Dihidupkan api di dalam kubur sehingga berguling-guling kepanasan.
• Dilepaskan ke arahnya ular besar yang berkuku panjang dan tajam.
.
4 . Azab selepas kebangkitan:
• Hisab dan hukuman ke atasnya amat keras.
• Dicampak ke dalam api neraka dalam keadaan hina.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
.