Sunday, March 8, 2009

MAKNA DAN HIKMAH AL-FAATIHAH

Surah al-Faatihah dikenali juga dengan nama Ummul Kitab (Induk Kitab) atau Ummul Quran (Induk al-Quran) kerana isinya merupakan himpunan dari keseluruhan kandungan al-Quran. Oleh itu, al-Fatihah wajib dibaca ketika solat dan menjadi salah satu daripada rukun sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
'Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Faatihah di dalamnya."
.
Al-Faatihah dikenali juga dengan nama Fatihatul Kitab (Pembuka Kitab) kerana isinya merupakan kunci pembuka al-Quran. Memandangkan kedudukannya yang begitu penting di dalam al-Quran, maka al-Faatihah diletakkan di muka surat pertama pada susunan al-Quran dan menjadi syarat bagi sahnya solat.
.
1. Menyembuhkan Penyakit
Menurut sebahagian mufassirin (ahli tafsir), khasiat al-Faatihah ialah dapat menyembuhkan penyakit sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Said al-Khudri ke atas anak ketua kampung di zaman Rasulullah SAW yang dipatuk oleh seekor ular berbisa.
.
2. Menambah Rezeki
Al-Faatihah juga dapat mengubati penyakit stress dan gangguan jin. Selain itu, al-Faatihah juga dapat menambah rezeki, menghilangkan kesusahan dan menjadi penerang hati.
.
3. Terhindar Dari Bahaya Dan Kemiskinan
Apabila dibaca dengan khusyuk dan tawadhuk sebanyak 100 kali setiap hari, maka akan terhindar dari sebarang penyakit dan bahaya pada hari itu, malah dapat merasa kemanisan iman dan tidak akan ditimpa kefakiran atau kemiskinan.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man