Sunday, March 1, 2009

Rahsia dan Keajaiban Solat

Tulisan berikut dipetik dari Kata Pengantar buku yang bertajuk "Rahsia & Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan" oleh Abd Rahman Abd Majeed terbitan Darul Nu'Man cetakan 2007, Kuala Lumpur.
.
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikan tentang solat. Ia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam dia amat yakin dengan perubatan secara Islam sehingga membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui al-Quran".
.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa ia memilih Islam setelah menemui satu keajaiban iaitu semasa melakukan satu kajian ke atas sistem saraf.
.
Menurutnya terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia ini yang tidak dimasuki darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
.
Setelah membuat kajian yang memakan masa yang lama, akhirnya dia menemui fakta yang menjelaskan bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak tersebut melainkan ketika seseorang tersebut bersembahyang iaitu ketika sujud.
.
Urat tersebut memerlukan darah untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bererti darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar waktu solat yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah SWT.
.
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh seorang pakar Muslim iaitu Profesor Abdul Salam iaitu berkenaan dengan manfaat rukuk, iktidal dan sujud di dalam solat. Menurut beliau, ketika rukuk, perjalanan darah menjadi lambat dan tindakan ini akan membantu menguatkan sel-sel saraf di dalam otak.
.
Apabila bangkit dari rukuk iaitu semasa iktidal otak akan menerima semula aliran darah yang dapat menyegarkan dan memulihkan kepenatan sel-sel saraf. Hal ini akan membantu memori ingatan menjadi semakin kuat sehingga mudah untuk menghafal sesuatu ataupun tidak mudah lupa.
.
Adapun sujud akan membantu merehatkan tulang belakang dan menguatkan daya hubungan seks.
.
Wallah hu alam.
.