Sunday, March 8, 2009

FADHILAT SOLAT: 7. Martabat Paling Sempurna

Allah SWT memerintahkan solat lima waktu untuk menegakkan sebutanNya supaya kita dapat menggunakan hati, lidah dan anggota sekaligus dalam memperhambakan diri kepadaNya.
.
Semasa solat, setiap bahagian anggota yang terdiri dari hati, lidah dan anggota yang memperhambakan diri kepada Allah akan memperolehi ganjaran masing-masing.
.
Dengan memperhatikan sifat dan kaifiat solat Jelaslah bahawa solat itu telah disusun untuk menghasilkan martabat ubudiyah (memperhambakan diri kepada Allah) yang paling sempurna. Ucapan lidah, amalan anggota, iktikad hati, bersepadu menjadi satu dalam setiap amalan solat, sama ada ketika berdiri, rukuk, sujud dan duduk.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man