Tuesday, March 10, 2009

B. ANCAMAN BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT: 2. Semua Amalan Kebaikan Ditolak

Meninggalkan solat mengakibatkan setiap amalan kebaikan seseorang itu ditolak, sebagaimana tidak diterima amalannya kerana syirik. Ini kerana solat adalah imad ad-Din (tiang agama).
.
Ibadah-ibadah lain diumpamakan seperti rangka rumah yang kegunaannya adalah untuk mencukupi keperluan alat-alat rumah sesudah ada tiangnya. Maka, jika tiang tidak ada, tentulah tidak dapat diperolehi manfaat dari alat-alat yang lain.
.
Lantaran demikian, syarat penerimaan ibadah-ibadah yang lain bergantung kepada solat. Apabila solat ditolak, maka segala amalan yang lain juga ditolak.
.
Meninggalkan solat pada satu waktu atau di beberapa waktu, menggugurkan segala amalan lain yang dilakukan pada waktu itu atau menyebabkan ditolaknya kebajikan-kebajikan yang dikerjakan dalam waktu itu. Contohnya, apabila seseorang meninggalkan solat Asar pada suatu hari, maka tertolaklah (tidak mendapat pahala) segala kebajikan yang dikerjakan pada hari itu.
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
.