Sunday, March 8, 2009

FADHILAT SOLAT: 6. Syiar Islam dan Tali Perhubungan Antara Hamba Dengan Allah

Solat adalah ibadah yang membuktikan keislaman, ketaatan dan memberi manfaat yang besar kepada jiwa seseorang, bahkan ia mudah dikenal atau diketahui orang. Kerana itulah agama Islam meletakkannya sebagai asas dan membesarkan urusannya.
.
Sesungguhnya solat itu sebesar-besar ibadah, ia adalah ibadah yang sangat mendekatkan hamba kepada Tuhannya.
.
Dalam sebuah hadith, Nabi SAW menerangkan:
"Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah sewaktu hamba itu sujud. Maka banyakkanlah doa semasa sujud." (Riwayat Muslim, Abu Daud dan an-Nasa'i)
.
Abd Rahman Abd Majeed (2007) Rahsia dan Keajaiban Solat Pada Perkembangan Minda Insan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man